Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
RESTU RIMBUNAN RAHMAT SDN BHD
 

 




PENGENALAN

 



Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu lagi cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan dan tambahan kepada petani. Aktiviti in hanya melibatkan penggunaan bahan buangan pertanian dari sisa ladang seperti jerami padi, batang jagung, hampas kelapa atau bahan-bahan pertanian terbuang yang separuh reput dan sesuai di campur dangan najis haiwan seperti tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam yang usang sebagai bahan makanan kepada cacing tanah yang diternak.

Baja kompos berkualiti yang akan diperkenalkan adalah "Vermikompos". Ianya adalah bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan tadi dengan tinggalan reputan bahan organik yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob.

Komponen vermicast yang terbentuk dari aggregat-aggregat kecil yang disatukan oleh sebatian organik polisakarida dapat memperbaiki struktur tanah dan mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh jutaan mikrob yang terdapat dalam perut cacing.

Campuran vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan organik oleh microorganisma disahkan kaya dengan humus dan unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan boron serta mengandungi 1000 kali-ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Antara bakteria-bakteria yang didapati dalam vermikompos ini adalah aerobik dan 'nitrogen leberating backteria', Lactobacillus sp. (penguraian bahan organik), Pseudmonas sp. terutama P. aeruginosa (mengeluar hormon dan enzim untuk pembesaran pokok), Alkaligenes sp., Azobacter sp. (pengikat nitrogen kepada nitrites), Aktinomisit sp. dan lain-lain. Hasil daripada penyelidikan di Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vermikompos pada tanaman boleh menambah hasil tanaman dari 70% hingga 300

Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008

  Cacing Vermikompos  
 

 

 


Cacing tanah boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:
1) Endogeic (soil dwelling)
2) Epigeic (litter dwelling)
3) Anecic (night crawler)

Di antara tiga jenis cacing 'epigeic' di katakan paling sesuai untuk perkomposan yang terdiri dari spesis Eisenia fetida (cacing harimau). Lumbricus rubellus (cacing merah) dan Perionyx excavatus (cacing biru/tempatan). Cacing-cacing lain yang digunakan adalah Eisenia andrei (Perancis), Aporrectodea caliginosa dan A. trapezoids (Eropah) Pharetima elongata (India) dan Microscolec dubius (Amerika Selatan) dan Eudrilus eugeniae (African night crawler)

Di Australia, cacing harimau dipilih sebagai cacing vermikompos untuk menghasilkan vermikompos kerana ia mempunyai selera makan yang tajam. Cacing biru dikatakan lebih sesuai digunakan di Malaysia kerana ia merupakan cacing tropikal dan boleh didapati di kawasan hutan negara ini. Walau bagaimanapun ianya lebih gemar kepada makanan dari najis haiwan.

Ciri-ciri Cacing Vermikompos

Suka Memakan Lapisan Atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos, di mana cacing akan berkumpul di bahagian lapisan atas media pengkomposan setiap kali bahan makan baru ditambah.

Selera Makan Yang Tajam
Cacing ini boleh makan sama atau lebih berat daripada berat badannya dalam sehari (24 jam)

Membiak Dengan Cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing akan bertelur 50 biji kapsul setahun. Setiap kapsul mengandungi 3 hingga 4 ekor anak cacing.

Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008

 
     
 
Resolusi Paparan Terbaik: 1024 x 768 pixel
Browser Terbaik: Internet Explorer 6.0 ke atas
Hakmilik & Hakcipta Terpelihara Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd (www.r3worms.com)
eMail: r3worms@gmail.com
Website & System Powered by HyperNet Resources